BELI PRODUK KECANTIKAN ONLINE

--<<@ INFO @>>--

PENGEPOSAN DI ABS.


(AHAD-KHAMIS)

POS SEPERTI BIASA(SEBELUM 12 TENGAHARI)


(SABTU )

POS SEPERTI BIASA KECUALI SABTU

MINGGU PERTAMA :)


(JUMAAT)

CUTI POS

PELANGGAN YANG MASIH TIDAK MENERIMA ITEM MASING-MASING SELEPAS 2 @ 3 HARI PENGHANTARAN, SILA WHATSAPP +60138433522 UNTUK SELANJUTNYAWelcome =) Thanks for visiting ^_~ Feel free to follow us ON INSTAGRAM & Like our FB fanpage

Monday, 13 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Mohaya BeautyShop Mengambil Kesempatan Ini Untuk Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012, maaf Zahir & Batin

Sunday, 12 August 2012

NOTIS POSLAJU AIDILFITRI 2012


ALHAMDULLILLAH,REZEKI SENTIASA ADA..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA YE,PELANGGAN YANG DIHORMATI,KAKI BLOGGER & SEMUA YANG SUDI SINGGAH DI PAGE MBS YANG XBRAPE HOT & CANTIK NI...ALMAKLUM JELAH MBS OWNER BKNNYA DARI BIDANG IT..TAPI APE2 PUN BLOG MBS HAMPIR SIAP SEPENUHNYA,XDE UPAH SAPE2 BUAT BLOG PUN..TIDAK DINAFIKAN MEMANG RAMAI YANG BUAT INCOME UPAH BUAT BLOG..CANTIK2 SEMUANYA BLOG YANG DIORANG SIAPKAN..TAPI ADE YANG MENCECAH RM1000...BLOG YANG CANTIK PUN XMENJAMIN KEUNTUNGAN KEPADA PERNIAGAAN..SEMUA REZEKI DATANG DARI ALLAH S.W.T.DULU MASA MASIH BELAJAR DI UNIVERSITI AYA XSEMPAT PUN NAK BLAJAR PASAL PEMASARAN INTERNET NI..BIASLAH MASIH BLAJAR TIME 2 XTAHU PUN NAK CEDOK & BLAJAR DARI KAWAN2 IT...DAH ADE ANAK NI BARU TERKIAL2 TRY &ERROR BUAT BLOG..LAMA JUGALAH..2 PUN PUAS CARI DI WEB CARA2 NAK WAT BLOG

Thursday, 9 August 2012


MALAM LAILATUL QADAR 2012

Lailatulqadar adalah malam berlaku pada Ramadan, malam penuh keberkatan kerana Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan serta keberkatan kepada mereka yang beramal dengan khusyuk, penuh ikhlas.

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. (Surah ad-Dukhan, ayat 3)
Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan. (Surah al-Qadr, ayat 1)

Mereka yang beramal pada malam itu, Allah SWT berikan ganjaran kebaikan yang sama nilai dengan beramal seribu bulan. Firman Allah SWT: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa laporan menceritakan sebab Allah SWT menurunkan malam al-Qadar untuk Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam Malik, Rasulullah SAW mendapati umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka.


Peluang umat beramal


Baginda SAW memohon kepada Allah SWT memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah SWT menurunkan lailatulqadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan Nabi-Nya bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Pendapat ulama


Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.


Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Menurut jumhur ulama, malam lailatulqadar berlaku pada malam sama setiap Ramadan iaitu malam 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan.


Namun, dalil paling kuat mengenai lailatulqadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, Carilah sedaya upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.


Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadan.


Sumber: Buku Adab Ramadan

Bonus Raya 2012 Masuk Hari Nii.$$$

Hari ni 9/8/12 bonus masuk

alhamdulillah...semoga beban kewangan untuk perbelanjaan menyambut aidilfitri dapat diatasi...sama2 berganding bahu untuk kejayaan demi malaysia tercinta tanah tumpah negara ku.. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...