Google+ Followers

--<<@ INFO @>>--

-----..PENGEPOSAN DI MBS.

(AHAD-KHAMIS)
POS SEPERTI BIASA(SEBELUM 12 tgahri)

(SABTU )
POS SEPERTI BIASA KECUALI SABTU
MINGGU PERTAMA :)

(JUMAAT)
CUTI POS


PELANGGAN YANG MASIH TIDAK MENERIMA ITEM MASING-MASING SELEPAS 2 @ 3 HARI PENGHANTARAN, SILA SMS 0179187696 UNTUK SELANJUTNYA

Welcome =) Thanks for visiting ^_~ Feel free to follow us & Like our FB fanpage .

PEMBERITAHUAN:-

Saya minta maaf banyak2 jika saya ambil masa untuk reply soalan2 anda melalui form@sms@whatsapp@fb, ini kerana saya seorang diri melakukan aktiviti online dan 2 orang pekerja untuk aktiviti pembungkusan , sehari2 saya mesti handle 20-60 order.

Untuk mendapat reply yg cepat anda dinasihati untuk whatsapp atau sms saya 0179187696.

Saya akan cuba reply whatsapp/sms secepat yang mungkin (phone saya silent mode)

anda boleh call saya , jika saya dengar vibrate saya akan jawab jika tidak dijawab sila sms saya, jika urgent sy akan call semula.

untuk fb@email saya akan check 3-5 kali sehari sahaja.

Jika soalan2 anda tidak terjawab dalam masa 12 jam sila tanya semula takut saya terlepas pandang. TERIMA KASIH

ORDER FORM / BORANG TEMPAHAN

Name / Nama :
Adress / Alamat :
Contact Number / No Tel :
Email Address:
Nama & Kuantiti Item:
Akaun Pembayaran CIMB- 03060035290523-SITI ROHAYA ABDULLAH
MAYBANK -561118052569-SITI ROHAYA ABDULLAH
BANK RAKYAT-220241689310-SITI ROHAYA ABDULLAH
RHB ISLAMIC BANK-16127100014750-SITI ROHAYA BINTI ABDULLAH
BANK ISLAM-02093020048477-SITI ROHAYA BINTI ABDULLAH
Saya Setuju Pesanan Akan Terbatal Selepas 2 hari Jika Tidak Membuat Pembayaran
Pertanyaan @ Detail Pembayaran

SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN SMS SECEPAT YANG MUNGKIN UNTUK MAKLUMAN PN.AYA  ( 0179187696 )

1. Nama Anda

2. Produk yang telah ditempah

3. Jumlah dan Lokasi pembayaran Yang dinyatakan di slip

4. Tarikh dan masa yang dinyatakan di atas slip deposit

5. Jenis bank (yang dimasukkan duit)


Click here to put a form like this on your site.

Thursday, 9 August 2012

MALAM LAILATUL QADAR 2012

Lailatulqadar adalah malam berlaku pada Ramadan, malam penuh keberkatan kerana Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan serta keberkatan kepada mereka yang beramal dengan khusyuk, penuh ikhlas.

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. (Surah ad-Dukhan, ayat 3)
Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan. (Surah al-Qadr, ayat 1)

Mereka yang beramal pada malam itu, Allah SWT berikan ganjaran kebaikan yang sama nilai dengan beramal seribu bulan. Firman Allah SWT: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa laporan menceritakan sebab Allah SWT menurunkan malam al-Qadar untuk Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam Malik, Rasulullah SAW mendapati umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka.


Peluang umat beramal


Baginda SAW memohon kepada Allah SWT memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah SWT menurunkan lailatulqadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan Nabi-Nya bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Pendapat ulama


Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.


Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Menurut jumhur ulama, malam lailatulqadar berlaku pada malam sama setiap Ramadan iaitu malam 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan.


Namun, dalil paling kuat mengenai lailatulqadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, Carilah sedaya upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.


Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadan.


Sumber: Buku Adab Ramadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...