INFO

-----..PENGEPOSAN DI MBS.

(AHAD-KHAMIS)
POS SEPERTI BIASA(SEBELUM 12 tgahri)

(SABTU )
POS SEPERTI BIASA KECUALI SABTU
MINGGU PERTAMA :)

(JUMAAT)
CUTI POS


PELANGGAN YANG MASIH TIDAK MENERIMA ITEM MASING-MASING SELEPAS 2 @ 3 HARI PENGHANTARAN, SILA SMS 0179187696 UNTUK SELANJUTNYA

Welcome =) Thanks for visiting ^_~ Feel free to follow us & Like our FB fanpage .

BOLEH ORDER DISINI

BOLEH ORDER DISINI
KLIK GAMBAR UNTUK INFO

Tuesday, 29 January 2013

Rahsia kecantikan wanita dari serata dunia

Wanita di setiap negara punya rahsia masing-masing untuk mencantikkan dirinya. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsia mereka, dan belajar bagaimana anda boleh mencipta mereka di rumah. Mujarab atau tidak mujarab, apa-apa kaedah pun termasuk kaedah moden, semuanya atas izin Tuhan
1 - Australia
Perempuan di pedalaman Australia khususnya suku Aborigin memiliki ritual menggunakan akar bunga yarrow untuk menghilangkan dan mencegah stretch mark (tanda regangan) pada kulit. Esktrak akar ini juga mampu membuat kulit jadi lembut dan memerangi pembengkakan.
2 - Chile
Kulit perempuan Chile yang eksotik dan nampak sihat ternyata rahsianya mudah saja yakni rajin makan anggur merah yang kaya antioksidan. Cara lain? Haluskan buah anggur merah dan tambah 2 sudu makan serbuk tepung dan sapukan ke wajah sebagai masker, diamkan selama 10 minit dan bilas wajah dengan air sejuk
3 - Republik Dominica
Perempuan dari negara ini mempunyai kuku yang sihat dan kuat. Rahsianya? Bawang putih! Haluskan bawang putih dan letakkan pada botol kedap udara selama 7 - 10 hari. Setelah itu bawang putih boleh digunakan untuk bahan makanan sekaligus untuk masker kuku (agar berkilat dan kuat).

4. Morocco


Minyak Argan @ Argania spinosa yang juga mengandungi antioksidan, bagus untuk rambut dan kulit, serta menyerap lebih banyak dibandingkan minyak pada aprikot dan alpukat.


 5 - Perancis



Perancis terkenal dengan perempuan yang suka merawat diri ke salon. Mulai dari facial hingga mengurut dan menggosok. Cara lain? Gunakan campuran buah Cherry dan Delima. Haluskan dan sapukan pada wajah. Diamkan selama 5 - 6 minit. Kulit akan jadi lebih cerah dan lembab.


6. SEPANYOL

Wanita Sepanyol juga mempunyai rambut yang indah. Mereka rajin mencuci rambut mereka dengan ekstrak jus cranberry.


7-Amazon

Minyak bunga Passion atau Maracuja telah digunakan di Amazon selama ribuan tahun kerana kemampuannya untuk menghentikan peradangan. Selain itu, minyak ini juga mengandung asam lemak tinggi dan vitamin C.


[Shine , Bellasugar]


Bagus kalau guna kaedah alamiah untuk merawat kulit dan seumpamanya ini, jimat duit, dan tidak menanggung risiko besar seperti menggunakan kebanyakan alat mekap dan ubat-ubatan yang ada kandungan bahan kimia seperti yang ada di pasaran.

Apa-apa pun, kecantikan yang Allah s.w.t anugerahkan adalah untuk digunakan ke jalan yang baik dan tempat yang betul. Jangan salah gunakan untuk menarik perhatian macam-macam lelaki yang bukan muhrim. Jangan salah gunakan dengan mendedahkan aurat merata-rata. Tetapi gunakanlah ke jalan ibadah dan kebaikan, seperti menarik hati suami agar rumahtangga semakin bahagia dan ceria, insyaAllah. :)
NOTE: Baru teringat..bunga ni lah kan dalam cite anaconda tu..pergi amazon semata2 nak cari bunga ni..las2 mati kene makan ular anaconda yg besar giler..tp yg hidup 2 org hero n sorang heroin..klu xsilaplh..hihiih


8- INDIA

Ingin punyai rambut bercahaya dan kuat? Perawatan selama seminggu pada kulit kepala dengan melakukan pemijatan menggunakan campuran minyak neem dan kelapa boleh membuat rambut indah dan sihat. Formula ini sudah dikenali wanita di India sebagai sebahagian dari pengubatan zaman Ayurvedic.




6 - Yunani
Kulit perempuan Yunani adalah jenis kulit yang paling baik yang pernah ada. Mereka mempunyai pigmen kulit yang bagus dan tidak mudah terkena serangan vlek akibat matahari. Rahsianya? Mereka suka makan ikan dan mengambil minyak ikan yang kaya dengan omega 3 dan 6 yang baik untuk kekenyalan kulit. Rahsia lain? Makan minyak zaitun atau buahnya langsung.


8. GHANA

Sabun hitam yang berasal dari Ghana ada lagendanya tersendiri kerana kemampuannya membersih dan membuatkan kulit jadi lembut. Sabun ini dibuat dari kulit pisang raja (plantain) yang banyak mengandungi Vitamin A dan E dan pelembab shea butter. Efek yang akan didapati jika menggunakan sabun ini adalah semua kotoran dan minyak akan hilang, tapi tetap membuat kulit terjaga kelembaban alamiahnya.
  

NOTE: RAHSIA PEREMPUAN KELANTAN CANTIK2 COMEL BLAKO..HIHIHI MAKE BUDU BANYOK2  

Copywrite Reserved