BELI PRODUK KECANTIKAN ONLINE

--<<@ INFO @>>--

PENGEPOSAN DI ABS.


(AHAD-KHAMIS)

POS SEPERTI BIASA(SEBELUM 12 TENGAHARI)


(SABTU )

POS SEPERTI BIASA KECUALI SABTU

MINGGU PERTAMA :)


(JUMAAT)

CUTI POS

PELANGGAN YANG MASIH TIDAK MENERIMA ITEM MASING-MASING SELEPAS 2 @ 3 HARI PENGHANTARAN, SILA WHATSAPP +60138433522 UNTUK SELANJUTNYAWelcome =) Thanks for visiting ^_~ Feel free to follow us ON INSTAGRAM & Like our FB fanpage

Sunday, 30 June 2013

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT

Cara Menghilangkan Jerawat

Cara Menghilangkan Jerawat secara semulajadi memang menjadi sangat penting kerana tidak memiliki kesan samping sama sekali. Menghilangkan jerawat secara semuladi memang menjadi pilihan kerana jika menggunakan bahan kosmetik pasti akan memiliki kesan samping yang dapat dirasakan secara langsung atau pun tidak langsung. Bahkan kesan kosmetik dalam menghilangkan jerawat boleh menjadi sangat membahaya bagi kulit wajah anda.
Cara menghilangkan jerawat secara tradisional memang sangat mudah dan secara cepat menghilangkan jerawat tersebut.Namum tidak semua kosmetik memberikan kesan buruk jika pilihan anda bersesuaian dengan masalah kulit anda

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi dapat anda lakukan dengan tahap yang sederhana ini. Jika anda ingin tahu bagaimana cara alami untuk menghilangkan jerawat ini anda dapat membaca bahagian di bawah ini, berikut adalah caranya :
Cara Menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya
Potong beberapa bagian lidah buaya yang telah dibuang kulit bahagian luarnya. Oleskan cairan lidah buaya tersebut secara rutin pagi dan petang. Jika anda rutin maka jerawat akan mudah kering bahkan juga dapat membersihkan bekas jerawat.
Cara Menghilangkan jerawat dengan Putih Telur
Pertama pisahkan putih telur lalu gongcang hingga berbuih selanjutnya oleskan pada wajah dan jerawat dan diamkan selama kurang lebih 15 minit. Dengan putih telur ini minyak yang menjadi penyebab jerawat akan terserap dan akhirnya akan hilang.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih

Bawang putih memang memiliki banyak sekali manfaat, bagaimana agar bawang dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat? Mudah sekali Haluskan 2 atau 3 bawang putih dan tumbuk secara halus atau diblender. Oleskan pada kulit wajah dan jerawat dan diamkan kurang lebih 10 Minit dan bersihkan dengan air putih. Lakukan secara rutin kurang lebih 2-3 minggu.

Rahsia Perniagaan Online Wanita

Perhatian! Adakah anda seorang wanita yang dah penat mencuba Jana Duit Online Tetapi Tiada Satu Pun Yang Berhasil?

Salam hormat,
Tahniah kerana anda berjaya sampai di halaman ini dan apa yang bakal anda ketahui selepas ini bakal merubah persepsi anda mengenai perniagaan online..
Seperti yang kita ketahui, perniagaan online sering kali didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi tahukah anda sebagai wanita, potensi perniagaan online juga amat luas dan menguntungkan.
Berikut merupakan kelebihan perniagaan Online:
  • Jana Duit Mudah
  • Tak Perlu Jumpa Orang
  • Boleh Bermula Modal kosong
  • Boleh buat sambilan
  • Landasan Usahawan Berjaya
  • Pelanggan Seluruh Dunia
  • Syarikat besar pun buat begini – jenama ternama pun buat promosi begini
  • Boleh Kerja Dari Rumah
  • Banyak ‘Tool’ membantu seperti Facebook, email, twitter
  • Anak anda umur 12 tahun pun tahu guna internet, senang dipelajari.
  • Tak perlu cari downline
  • Kemudahan mengiklan online secara PERCUMA
  • Seluruh dunia boleh membeli produk anda
  • Jutaan Ringgit jualan telah dilakukan secara Online
  • Kemudahan berbankan online sudah mudah
  • Tak Perlu ada kedai Fizikal
  • Tak perlu sewa tapak niaga yang mahal
  •  Tak Perlu bina Laman Web kalau tak hendak
  • Tak perlu susah-susah cari pelanggan
dan banyak lagi kelebihan. Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai peluang pernigaan online ini untuk para wanita, mari kita lihat kenapa wanita amat digalakkan untuk berniaga...

Sejarah Keunggulan wanita dibidang perniagaan

Kalau kita ke pasar Siti Khadijah, Kelantan kita akan melihat majoriti peniaga adalah wanita. Menurut suatu thesis oleh Amran bin Daud ( UTM ) wanita Kelantan telah mula berniaga pada abad ke 19 manakala kerja-kerja pertukangan, nelayan di kuasai lelaki .

Wanita adalah insan yang lemah lembut diluar namun kental di dalamnya..WE ARE SUPERWOMEN 

Sememangnya wanita bersemangat ingin berniaga 

 

Potensi Perniagaan Online Untuk Wanita

Hasil kajian carian google menunjukkan potensi yang sangat luas untuk wanita menjalan perniagaan online.
1. Kosmetik - Dalam Carian Google Perkataan Kosmetik Dicari Sebanyak 27 ribu kali.


Friday, 28 June 2013

Isu Harga Mahal Vs Harga Murah

Isu Harga Mahal Vs Harga Murah
Pelanggan 1: Kenapa ye mahal sangat?..ada yang jual murah je
Pelanggan 2: Kenapa ye murah sangat?..original ke?

Bagi Mohaya Beauty Shop , Persoalan sebegini memang sudah sering kali di ajukan.

sebenarnya pelanggan boleh membuat pilihan sendiri, tidak semestinya YANG MAHAL ITU ORIGINAL, dan tidak semestinya YANG MURAH ITU TIRUAN..

Mudah je!!!

Pelanggan 1 boleh pilih mana2 peniaga yang menawarkan harga yang lebih murah..xde sape nak marah pun..

Pelanggan 2 boleh beli Yang MAHAL, kemudian beli yang Murah, buat penilaian sendiri jika anda rasakan yang murah itu TIRUAN...baru puas ati kan

#note: Murah @ mahal bergantung pada pilihan pengguna itu sendiri..

Saturday, 22 June 2013

Perniagaan Internet membantu perniagaan tradisional anda Oleh: Irfan Khairi

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
..
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
..
Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
..
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
..
Laman web
....

Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?
..
Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
..
Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
..
Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
..
BLOG
..
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
..
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

Friday, 7 June 2013

Petua Awek Muda Cara Islam


Wee ~~~ nak share ngan korang petua Awet Muda cara Islam. Kira petua berguna gak lah , bagi korang yang memang suka dengan kecantikan niee. Kata Sharing Is caring kan.

Muka korang biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah korang dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari korang ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah korang dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur

Saturday, 1 June 2013

BERURUSNIAGA SECARA ONLINE DI MOHAYA BEAUTY SHOP


ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH S.W.T .

TERIMA KASIH DARI KAMI DI MOHAYA BEAUTY SHOP ATAS KEPERCAYAAN PELANGGAN KAMI & BERURUSNIAGA SECARA ONLINE DI MOHAYA BEAUTY SHOP...NO TRACKING POS LAJU ANDA BOLEH CHECK KAT SINI 

SEKIRANYA PARCEL MASIH BELUM DITERIMA SELEPAS 2 @ 3 HARI BEKERJA...BOLEH SMS PN AYA @ CALL 0179187696, BOLEH JUGA CHECK KAT SINI YE.http://www.poslaju.com.my/track.aspx @ CALL POSLAJU HOTLINE 1 300 300 300 ...TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...