Ramai yang tanya
pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet
mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai
dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang
mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat
membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
..
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
..
Pengiklanan
dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat
membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang
sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
..
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
..
Laman web
....
Bayangkan
sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau
agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?
..
Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
..
Langkah
utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki
laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta
pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak
mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap
hari (atau lebih!).
..
Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan
menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau
presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan
mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman
web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak
perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
..
BLOG
..
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/),
kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai
kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja
menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan.
Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
..
Penggunaan
blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi
pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh
blog saya di http://www.irfankhairi.com/
di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di
samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan
perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/
pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya
sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi,
kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang
Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..
Fikirkan
bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada
perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik
berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.