INFO

-----..PENGEPOSAN DI MBS.

(AHAD-KHAMIS)
POS SEPERTI BIASA(SEBELUM 12 tgahri)

(SABTU )
POS SEPERTI BIASA KECUALI SABTU
MINGGU PERTAMA :)

(JUMAAT)
CUTI POS


PELANGGAN YANG MASIH TIDAK MENERIMA ITEM MASING-MASING SELEPAS 2 @ 3 HARI PENGHANTARAN, SILA SMS 0179187696 UNTUK SELANJUTNYA

Welcome =) Thanks for visiting ^_~ Feel free to follow us & Like our FB fanpage .

BOLEH ORDER DISINI

BOLEH ORDER DISINI
KLIK GAMBAR UNTUK INFO

Monday, 1 July 2013

KOSMETIK BERACUN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.
Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah sejenis kortikosteriod yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.
Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.
"Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Eisah, pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah dinasihat dan diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta serta menarik balik produk dalam tempoh 72 jam.
"Syarikat yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000.
"Penjual juga diingatkan, pemilikan produk-produk ini juga boleh disabit kesalahan di bawah peraturan sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130516/dn_23/5-kosmetik-mengandungi-racun-berjadual#ixzz2Xm9iByQ4 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Copywrite Reserved