ORDER HERE

HAUS COSMETICS: BIAR CANTIK DENGAN ILMU.



Tips untuk awak yang masih lagi mencari-cari produk kosmetik yang diyakini HALAL dan selamat. Sharing bermanfaat dari Founder Haus Cosmetics.

MEMILIH alat solek, produk kosmetik atau rangkaian produk kecantikan wajah bukan semudah mencuba pakaian. Boleh jadi apa yang dicalit ke wajah sekejap membawa rengsa berbulan lamanya.
Mungkin juga yang ditepek kelmarin, baru hari ini mengubah kulit wajah. Segalanya boleh berlaku. Lebih-lebih lagi jika memakai produk yang tidak diketahui asal usulnya.
Bukan sedikit berita mengenai kosmetik beracun. Saban tahun cerita hampir sama bagai diulang-ulang di dada akhbar dan media elektronik.
Keracunan merkuri, hidrokuinon dan tretinoin mencacatkan kehidupan ramai wanita. Ada yang diserang penyakit kronik termasuk masalah buah pinggang, tidak kurang juga yang menderita kulit gatal, merah, melepuh dan sebagainya.
Setiap kali kes seumpama ini berlaku, ramai yang seolah-olah sedar. Mereka berkongsi hantaran di media sosial mengenai produk timbang kilo, kosmetik buatan sendiri dan pelbagai jenama produk penjagaan wajah tiruan yang diseludup masuk dari negara jiran.
Ada juga yang mengecam produk tempatan. Hanya kerana tindakan tidak bertanggungjawab sebahagian pengusaha kosmetik, habis semua jenama dilabel timbang kilo dan memberi kesan buruk kepada pengguna.
Ironinya tuduhan sedemikian dianggap tidak adil buat pengusaha yang gigih menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta memohon sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Namun, kerana kurangnya ilmu dan sikap ahli masyarakat yang tidak pernah serik, bahkan menyokong pembelian produk tiruan serta timbang kilo, lambakan kosmetik haram terus berada di pasaran.


PENGGUNA PERLU
BIJAK, SEMAK
Dalam pada itu, pengusaha kilang kosmetik GMP, Norazimah Abd Jalil menyelar tindakan pihak yang aktif mengeluar dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar kepada pengguna.
“Ini jelas tindakan tidak beretika dan boleh membahayakan pengguna. Saya sendiri selalu mengingatkan netizen supaya mengambil langkah bijak sebagai pengguna.
“Sekarang, semuanya berada di hujung jari. Kalau pengguna mahu tahu sama ada produk yang hendak digunakan berdaftar atau tidak, mereka boleh semak menerusi laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA (https://www.npra.gov.my) dan taip nama kilang pengeluar.
“Sepatutnya, kilang yang menghasilkan produk mesti ada persijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Kalau pengguna hendak tahu sama ada kilang berkenaan mendapat sijil halal atau tidak, semaklah dengan Jakim,” katanya.
Jelas Norazimah, sebagai Muslim, pengguna bukan saja perlu memastikan produk digunakan selamat dan berdaftar dengan KKM, bahkan bersih serta halal.
“Produk yang baik sepatutnya dihasilkan di kilang berstatus GMP. Kilang sebegini ada prosedur standard (SOP) yang perlu dipatuhi dan melalui proses audit KKM dan Halal setiap tahun.
“Sebelum membeli produk di pasaran, ketahui dulu latar belakang syarikat pengeluar, di mana produk dihasilkan, adakah mereka punya pasukan R&D yang tetap dan pastikan ada pensijilan Halal yang sah.
“Jika ada yang tidak lengkap, kemungkinan besar ia adalah produk timbang kilo atau diseludup dari negara luar,” katanya.