ORDER HERE

JOM KETAHUI PELEMBAB APA YANG SESUAI DENGAN KULIT MUKA ANDA.



Kak Haya pasti semua orang melakukan rutin mencuci muka menggunakan pencuci muka buih setiap hari. Iyalah seharian kulit muka dah terdedah dengan kotoran daripada persekitaran di sekeliling anda, mestilah anda perlu membersihkan muka anda daripada kotoran tersebut. Apa yang Kak Haya nak tekan kan kat sini adalah memakai moisturizer atau pelembab muka. Ramai orang mengabaikan pemakaian pelembab muka setiap hari .Walhal rutin ini dalah salah satu rutin yang penting untuk kulit muka yang sihat. Ini rutin  yang basic yang perlu anda ambil berat? Nak dapatkan kulit yang cantik, basic step penjagaan muka mesti strong, jangan malas!

Manfaat Pelembap Muka (Moisturizer)

 Penggunaan pelembab yang sesuai dapat membantu mencegah serta merawat masalah kulit kering
 Ia boleh melindungi kulit sensitif, meningkatkan tona dan tekstur kulit, serta menutup ketidaksempurnaan.
 Sebagai pelembap yang memegang air di lapisan paling luar kulit, mereka juga bertindak sebagai pelindung sementara untuk kulit anda.
 Ia juga melindungi lapisan luar kulit dari kesan berbahaya daripada matahari, angin dan faktor alam sekitar yang lain.

Bila Perlu Pakai Pelembab Kulit?
1) Pelembab perlu di pakai sebaik sahaja anda mengeringkan kulit anda selepas mandi. Keadaan kulit yang masih lembab akan memudahkan pelembab untuk menembusi permukaan kulit dengan lebih berkesan.
2) Selepas anda selesai membersihkan wajah anda dengan pembersih muka, anda perlu segera menggunakan pelembap yang sesuai. Ini kerana jika anda membiarkan muka anda terdedah terlalu lama tanpa pelembab, kelembapan semulajadi pada kulit anda akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.
3) Anda juga boleh menggunakan pelembab sebelum mengaplikasikan makeup dengan menjadikannya sebagai makeup base anda. Ini akan menjadikan makeup anda lebih tahan lama.

Pelembab Manakah Yang Boleh Digunakan?







Sebelum membuat pilihan untuk membeli pelembab, pertimbangkan garis panduan di bawah terlebih dahulu:

Kulit Biasa: Kulit jenis ini adalah jenis kulit yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Kelembapan yang ada pada jenis kulit ini adalah seimbang, dan untuk mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit ini adalah disyorkan untuk menggunakan pelembab yang berasaskan air yang mempunyai tekstur yang ringan dan tidak berminyak

Kulit Kering: Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, adalah penting untuk memilih pelembab yang membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda. Kak Dela sarankan agar anda memilih pelembab yang berasaskan minyak yang mengandungi bahan-bahan untuk melembabkan kulit atau berasaskan petrolatum. Patrolatum berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu menjadikan kulit anda kekal terhidrasi.

Kulit Berminyak / Kombinasi: Jerawat adalah masalah biasa bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ramai yang beranggapan kulit muka berminyak tidak perlu memakai pelembab. Namun hakikatnya anggapan tersebut adalah salah.  Walaupun kulit anda berminyak, penggunaan pelembab adalah sangat penting. Pilihlah pelembap jenis gel. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Pelembab gel boleh menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.

Kulit Sensitif: Penggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti chamomile atau aloe vera sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sebelum memilih produk, pastikan produk tersebut tidak mengandungi wangian, pewarna atau asid.

Kulit Yang Matang: Seperti umur anda juga, kulit juga boleh menjadi matang. Kulit anda cenderung menjadi kering kerana kelenjar penghasil minyak menjadi kurang aktif apabila kulit telah matang. Untuk mengekalkan kelembapan kulit anda, pilih pelembap berasaskan minyak yang mengandungi petrolatum sebagai asas, bersama-sama dengan antioksidan untuk menyelesaikan masalah kulit yang berkaitan dengan usia seperti keriput, garis halus, pigmentasi dan sebagainya.   

Tips Pakai Pelembab.
Tips 1.
Sebaiknya sapu pelembab sebaik sahaja selepas mandi.. Kerana di waktu itu liang roma terbuka.. Dan lebih mudah krim pelembab diserap.
Tips 2.
Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda berasa selesa dengan pelembab tersebut dan yang penting sekali ia tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.
Tips 3.
Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.
Tips 4.
Elakkan pakai pelembab yang sama dengan pelembab badan. 

Masih merasakan pelembab itu sesuatu yang tidak penting untuk rutin penjagaan muka? Fikir sekali lagi 😉

Dibawah ini Kak Haya terangkan bagaimana untuk memilih pelembab yang sesuai.






Ehem, nak bagitau ni, #hausskincare ada 2 JENIS MOISTURIZER.





1. GEL MOISTURIZER
.

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan jerawat. Kandungan Seboclear MP & Sahicylic Acid dapat menyekat dan membunuh pembiakan bakteria pada kulit sensitif dan jerawat.
.

Gel yang mengandungi 100% daripada 'water based'. Tidak melekit, cepat meresap dan tekstur sangat ringan serta selesa.




2. CREAM MOISTURIZER
.

Untuk kulit kering dan kombinasi. Ia mengandungi HA yang tinggi untuk bagi kulit lembap. Kalau kulit terlalu kering memang mudah mengundang kedut dan jeragat.
.

Bertekstur krim pekat, tetapi tidak melekit, cepat meresap, ringan dan selesa.




Dah kenalpasti Haus Skin Moisturiser yang mana sesuai dengan kulit anda?
Jom klik di bawah.