ORDER HERE

10 KEBAIKAN LEMON~MAGIK UNTUK BADAN

Hari ini dah masuk hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa khabar diet korang? Baju muat lagi? Huhu. Harapnya semua jaga pemakanan. Makan sikit-sikit. Bukan sikit-sikit makan.

Takpe. Meh sini nak share sikit 10 kelebihan lemon. Rupanya buah ni banyak magik dia untuk badan. Wow sangat tau.

🍋Lemon terkenal sebagai buah yang bantu tingkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

🍋Lemon juga boleh jadi jus kurus sebab ia bantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ badan atau detoks.

🍋Bantu legakan dan elak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.

🍋Bantu memberi bekalan vitamin C semulajadi pada badan sekaligus bantu baiki masalah kulit.

🍋Air lemon bantu dalam perkumuhan dan elakkan sembelit atau cirit-birit.

🍋Bantu hadam lemak degil sesuai untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan.

🍋Kalau sakit tekak, boleh minum air lemon untuk hilangkan sakit tu

🍋Bantu hilangkan bau mulut di awal pagi sebab lemon ni ada ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh bantu kurangkan bau badan.

🍋Bantu kurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selsema, minum je air lemon suam.

🍋Bantu buang atau rendahkan asid dalam badan kerana kandungan mineral yang tinggi dalam lemon.

Amacam? Best tak lemon ni. Sambil tengok tv kat rumah tu, boleh minum air lemon. Kita ada lagi 16 hari PKP. Kena kawal diet kita di rumah. Harap semua jaga diri. Stay at home.

#NoCorona
#HausPrihatin