ORDER HERE

Platform inisiatif daripada HAUS untuk membantu rakyat MALAYSIA menjana pendapatan di dalam situasi COVID-19

Situasi getir berdepan COVID-19

Umum mengetahui situasi yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia. Semua rakyat di dalam ketakutan akibat serangan wabak pandemik COVID-19.

Pelindung barisan hadapan atau "frontliners" yang terdiri daripada para doktor, jururawat, polis, wartawan dan ramai lagi petugas kerajaan dan swasta tanpa lelah mempertaruhkan nyawa mereka bagi membendung gejala penularan wabak. Kelihatan juga banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan sokongan dari segi barangan keperluan asas perubatan seperti face mask", "hand sanitizer", mesin perubatan, makanan, minuman dan seumpamanya bagi membantu meringankan beban dan sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Namun sekiranya kita gagal, kemungkinan besar tempoh perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan sehingga mendapat kesan yang signifikan. Jika melihat kepada trend penurunan kes di negara China, mereka mengambil masa sehingga 4 ke 5 bulan bagi meredakan penularan virus ini dan menampakkan penurunan yang ketara.


Kesan daripada COVID-19

COVID-19 memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah seluruh dunia dari segenap lapisan masyarakat turut merasai kesannya. Dua kesan terbesar adalah dari segi kesihatan dan kedua tidak lain tidak bukan tentulah dari segi ekonomi. Situasi ketika ini dilihat agak sukar buat masyarakat kerana desakan keadaan yang memaksa semua rakyat dikuarantin di dalam rumah, syarikat-syarikat, kilang-kilang, institusi pendidikan dan semuanya diarahkan menghentikan operasi atau mengamalkan polisi bekerja dari rumah.




BERITA BAIK!


Ya, ini adalah berita baik dari HAUS buat anda yang dalam kerunsingan dalam situasi ketika ini. Turut prihatin, HAUS dengan seikhlas hati ingin membantu menjana pendapatan dengan membuka peluang perniagaan kepada anda 100% secara online!