ORDER HERE

Tentang Superfood ~ HAUS SUPER FOOD HISODIN B360

Menurut Kamus Oxford, superfood atau makanan super (luarbiasa) adalah kumpulan makanan yang kaya dengan nilai pemakanan dan dianggap sangat berfaedah untuk kesihatan dan kesejahteraan. Namun, sebenarnya tiada istilah atau kriteria superfood yang ditetapkan oleh manamana pihak berwajib. Pusat Penyelidikan Kanser UK menyatakan istilah superfood ialah helah pemasaran dengan asas saintifik yang tidak kuat. Jadi, apakah sebenarnya trend superfood ini?
Superfood diperkenalkan oleh ahli pemasaran dan menjadi trend di Internet, dengan pelbagai senarai yang dikeluarkan setiap tahun seperti biji chia, kombucha, quinoa, beri goji, sayur kale, teh hijau, koko, ikan salmon dan banyak lagi. Produk makanan yang diperkaya dengan kandungan tertentu seperti omega-3, antioksidan, atau vitamin juga diwar-warkan sebagai superfood. Teh hijau sering diiklan membantu penurunan berat badan dan dapat mencegah kanser, sementara DHA (sejenis omega-3) didakwa berfaedah untuk perkembangan otak kanak-kanak.
Melihat pada populariti superfood, artikel ini mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan ini dan cara memupuk tabiat pemakanan yang sihat tanpa hanya tertumpu kepada superfood.
Adakah superfood benar-benar ‘super’?
Sebahagian superfood sememangnya mempunyai nilai pemakanan yang berkhasiat untuk kesihatan. Omega-3 adalah sejenis asid lemak perlu yang penting untuk metabolisme. Teh hijau pula kaya dengan katekin, sejenis antioksidan yang mampu menghapuskan radikal bebas berbahaya untuk kesihatan. Superfood biasanya diperkenalkan bersama bukti kajian yang menunjukkan kandungan tinggi bahan berkhasiat dalam makanan tersebut, atau bagaimana bahan ini boleh mencegah malah menyembuhkan penyakit-penyakit yang berbeza. Namun biasanya kajian tersebut tidak disimpulkan dengan baik, dengan hasil penemuan yang tidak tetap, dan tidak mungkin satu jenis makanan boleh mempunyai kesan ke atas sebarang penyakit dengan sendirinya.
Tidak dinafikan, kajian saintifik ini berasas, tetapi biasanya ia tidak mencerminkan pemakanan kita yang sebenar. Kajian menunjukkan katekin boleh menyekat pertumbuhan sel kanser, namun ujian makmal selalunya menggunakan ekstrak tulen bahan itu. Tambahan pula, kajian awal ke atas model haiwan tidak menggambarkan secara tepat kesan terhadap metabolisme tubuh manusia kerana adanya faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Sesetengah kajian ke atas subjek manusia yang menggunakan satu atau beberapa bahan daripada tumbuhan atau haiwan, menggunakan rekabentuk kajian yang lemah dengan jumlah subjek yang sedikit, tempoh kajian yang singkat, kurangnya maklumat keselamatan, serta adanya kesan jangka pendek yang memerlukan keputusan berhati-hati bagi penggunaan.
Superfood masih boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan keluarga anda. Namun, mengambil sejenis makanan secara berlebihan tidak akan membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Kompaun bioaktif koko dalam coklat gelap sememangnya mempunyai faedah kesihatan, tetapi jika dimakan secara berlebihan, kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan lain. Penggemar superfood yang mengamalkan tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat juga tidak akan mengalami perubahan seperti yang diharap. Daripada mengikut trend semasa, memupuk tabiat pemakanan yang baik adalah kunci utama untuk kesihatan.
Tumpu pada pemakanan sihat
Daripada bergantung kepada pengambilan superfood, amalkan pemakanan sihat yang seimbang, sederhana, dan pelbagai (BMV) untuk keluarga anda. Capai diet seimbang dengan memakan lebih banyak sayur, buah dan bijirin penuh, serta kurangkan garam, gula, lemak dan minyak seperti yang disarankan. Amalkan kesederhanaan, dengan tidak memakan sesuatu terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kepelbagaian makanan dalam diet penting untuk memberikan nutrien berbeza yang diperlukan.

Superfood tempatan?

Superfood popular dalam talian selalunya mahal dan sukar didapati di Malaysia kerana trend ini bermula dari negara barat. Tetapi, kita juga ada versi ‘superfood’ tempatan yang lebih mudah didapati seperti tempe (kaya dengan protein, serat dan kalsium), bayam (vitamin K, kalsium, zat besi), rambutan (serat, vitamin C), betik (vitamin A, folat) dan banyak lagi.

Hisodin B360 Super Food tu ape pulak?
Nama HISODIN adalah gabungan dari bahan HITHION dan GLISODIN yang ada dalam produk nie .
B360 bermaksud B-Beauty 360 darjah . Bertukar 360 darjah jadi sihat dan cantik .
HISODIN B360 fungsinya nak bagi kulit cantik dari dalam . Diformulasikan untuk mencerahkan (brightening) , merawat , melindungi dan menyihatkan kulit sebab ada fungsi antioksidan yang tinggi .
Salah satu bahan teknologi unik yang digunakan adalah Glisodin . Bahan nie ada fungsi yang hampir sama dengan Gluthatione dan ada fungsi tambahan yang mampu menguatkan hati .

Harga 1 box ada 30 sachet RM150 (belum termasuk kos penghantaran)

Disclaimer :
Hisodin B360 bukan ubat atau produk yang memerlukan preskripsi doktor .
Ianya secara umum adalah makanan tambahan yang membantu bagi fungsi kesihatan dan kecantikan kulit .
Klik link dibawah untuk tempahan
Note: Kunci utama dalam pengambilan diet yang sihat adalah untuk mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam kuantiti yang betul.
LAGI INFO HISODIN B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360

HAUS Super Food Hisodin B360