ORDER HERE

10 Makanan Anti Kolesterol

APAKAH ITU KOLESTEROL?
Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan seperti Daging merah, produk tenusu dan telur.
Kolesterol penting bagi tubuh untuk menghasilkan:
Sel-sel membran
Hempedu
Sesetengah hormon
Vitamin D

Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu:
1.Kolesterol baik (high density lipoprotein atau HDL)
2.Kolesterol buruk (low density lipoprotein atau LDL)

Fungsi kolesterol baik ialah
membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolesterol serta mengeluarkannya daripada tubuh.

Fungsi kolesterol buruk pula
boleh mengenapkan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Jadi nya, apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.
So, di sini ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu kita kurangkan kadar kolesterol.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita.😊
#nocorona
#hausprihatin
#fightcovid19