ORDER HERE

Pilihan Makanan Super Food Di Bulan Ramadhan

MAKANAN “SUPERFOOD”
=====================

Apa itu “Superfood”?

Adakah ia makanan khas untuk super heroes? hehe

Okeyyy, menurut Kamus Oxford, superfood adalah kumpulan makanan yang kaya dengan nilai pemakanan. Kandungan khasiat seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim-enzim sihat yang “hebat” memberinya gelaran “super”, sebab itulah kita panggil “superfood”.

Jika diamalkan dengan pemakanan seimbang, “superfood” boleh menolong menurunkan risiko penyakit kronik dan juga memberi manfaat kesihatan dan kesejahteraan. Ini kerana “superfood” membekalkan badan kita dengan nutrisi-nutrisi penting.

Uols mesti pernah dengar “superfood” yang popular ini, diantaranya chia seed, kombucha, quinoa, beri goji, sayur kale, teh hijau, koko, ikan salmon dan banyak lagi.

Dalam bulan Ramadhan, elok juga kita memilih makanan “superfood” ketika bersahur dan berbuka. “Superfood” juga ada yang merupakan makanan sunnah Nabi. Superfood ini boleh membekalkan keperluan nutrisi mencukupi dan sekaligus membantu kita menjalankan ibadah puasa dengan sihat dan bertenaga!
.

5 “SUPERFOOD” YANG BOLEH BANTU KITA KEKAL BERTENAGA SEMASA RAMADHAN
----------------------------

1. Kurma

Kurma makanan sunnah Nabi dan sangat terkenal menjelangnya bulan Ramadan.

Tahukah apa sebabnya?

Sebenarnya, kurma mengandung karbohidrat tinggi iaitu fruktosa yang akan diolah oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Jadi pengambilannya ketika berbuka beri stamina tinggi. Kurma juga memiliki potensi mengendalikan kadar gula darah kerana indeks glikemiks rendah yang mesra pesakit diabetes.

2. Minyak Zaitun

Selain makanan Sunnah, pakar diet dan nutrisi sering bercakap mengenai kebaikannya untuk kesihatan kardio, anti-oksidan dan anti-radang.

Minyak zaitun boleh dicicah dengan roti atau digaul dengan salad. Ia lebih elok digunakan untuk membakar kek. Buah zaitun juga boleh digunakan dalam salad atau bahan dalam kek, roti, mufin dan pai.

3. Barli

Tahukah uols, barli adalah 1 daripada 5 makanan paling berkhasiat di dunia?

Kajian menunjukkan barli kaya dengan kandungan serat larut. Ia membersihkan saluran arteri dan mengekalkan kesihatannya. Barli mempunyai kadar glisemik rendah menjadikan rasa kenyang lebih lama. Barli boleh digunakan dalam sup, bubur atau minuman.

4. Madu

Walaupun manis dan sering dijadikan pengganti gula, ia sebenarnya pemanis semula jadi yang paling sihat. Tetapi kegunaanya lebih dari sekadar pemanis.

Madu mengandung kalori yang tinggi kerana kaya fruktosa, maltosa, sukrosa serta glukosa yang menjadi sumbar yang disyorkan untuk peserta sukan. Jadi ia tentu sekali bermanfaat untuk mereka yang berpuasa bagi memulihkan tenaga.

5. Anggur dan kismis

Anggur mempunyai resveratrol, sejenis anti-oksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan tisu. Biji anggur kaya dengan flavonoid yang merendahkan risiko pembentukan lemak di dalam saluran darah ke jantung.

Makan begitu je buah anggur atau diperap dan dijadikan jus untuk diminum. Ia juga sesuai ditambah dalam salad atau pencuci mulut. Buah kismis dengan kekacang adalah snek sihat selepas solat tarawih.

#NoCorona
#HAUSPrihatin
#FightCovid19