ORDER HERE

PENCUCI MUKA YANG SESUAI AMAT PENTING UNTUK KULIT ANDA


Pencuci muka yang sesuai adalah sangat penting. Pertama sekali, kenali jenis jenis kulit kita dahulu. Kita di kategori kulit jenis yang mana ye?

1. Kulit Normal
Biasanya mereka yang memiliki jenis kulit Normal, memiliki kadar air dan kadar minyak yang seimbang. Pori-pori tidak besar atau tidak kelihatan, tidak berjerawat, tidak berjeragat malah tidak mempunyai masalah kulit.

2. Kulit Kering
Mereka yang memiliki kulit kering selalunya Kulit terlihat kusam, nampak gelap, sering mengelupas dan sering gatal-gatal muka kerana kulit kering akan memudahkan sangat jeragat timbul di permukaan kulit. Kulit jenis ini memerlukan pelembap extra dan pengambilan air yang cukup untuk membantu kekalkan kelembapan.

3. Kulit berminyak
Kulit berminyak pula, kita dapat rasa dan lihat kulit seperti “basah”, berminyak dengan penampakan pori-pori yang lebar dan terbuka. Mereka yang memiliki kelenjar minyak yang memproduksi minyak berlebih ini boleh menyebabkan terjadinya jerawat dengan cepat, pori pori mudah tersumbat, permukaan bawah kulit yang membengkak, dan makeup pun tak tahan lama.

4. Kulit Kombinasi
Dapat dikesan dengan T zone iaitu dahi, hidung, dan dagu yang berminyak, namun pipi dan sekitar mata kering. Biasanya area yang berminyak akan lebih mudah dinaiki jerawat, dan bahagian kering kelihatan kusam


Katogeri manakah kulit anda pula? Pastikan anda pilih cleanser yang betul dan sesuai dengan kulit muka ye.

Haus Skin mengeluarkan Scrub Cleanser dan Super Sensitive Beauty Soap yang boleh membantu masalah anda
di atas.:



1. Blood Orange Brightening Scrub Cleanser (100ml)

HAUS SKIN, HAUS COSMETICS

Blood Orange Brightening Scrub Cleanser (100ml) RM65

Sejenis skrub bertekstur gel mewah dengan saiz skrub yang sangat halus padat dengan bahan-bahan organik dan semula jadi. Skrub ini 25 kali lebih kaya dalam Vitamin C berbanding yang lain.

Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan,

Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.)

Salicylic acid adalah bahan kimia pengelupas yang cemerlang untuk melembutkan kulit dan mengetatkan liang pori manakala

Niacinamide telah pun dikenali meluas dengan kemampuannya untuk menambah baik tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan garis halus, dan menghapuskan kulit kusam.

Ekstrak beras telah digunakan sejak sekian lama untuk menghidrat, merangsang penjanaan semula sel kulit, dan menyuburkan kulit lalu memberikan kulit yang lebih lembut dan lebih sihat.

Ekstrak Green Tea dan ekstrak daun Olive yang kaya dengan anti-oksidan semula jadi, membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut.



2. Super Sensitive Beauty Soap 50g
HAUS SKIN, HAUS COSMETICS

Super Sensitive Beauty Soap 50g RM55

Sabun buku bertekstur yang sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dibuat istimewa untuk mereka yang berkulit sensitif, berminyak, dan berjerawat. Uniknya, Super Sensitive Beauty Soap ini juga sesuai dengan mereka yang berkulit kering kerana ciri pelembapannya yang tinggi. Lihat sahaja barisan bahan-bahannya yang hebat.
Shea butter telah dikenali baik dengan kemampuannya untuk melembapkan kulit disamping mengurangkan keradangan kulit dan menenangkan kegatalan rengsaan kulit. Avocado oil jarang sekali ditemui di dalam pembuatan sabun kerana harga kosnya yang mahal. Walaubagaimanapun, kami menjanjikan anda kualiti dan anda akan mendapat setimpal dengan yang telah anda bayar.

Avokado mengandungi multivitamin yang sangat baik seperti Vitamin A, D dan E untuk membantu melembap dan melindungi kulit anda dari sinaran UV yang merosakkan. Ia juga adalah merupakan ejen antioksida dan anti-keradangan yang baik bagi memastikan keanjalan kulit.

Minyak Argan telah sekian lama menjadi kegemaran ramai untuk menyuburkan kulit lebih dari yang anda perlukan dengan kandungan Vitamin E semulajadinya yang tinggi. Lemon Peel oil adalah sumber semulajadi Vitamin C yang bekerja untuk melawan radikal bebas dengan cici antioksidanya.

Dengan itu menyumbang kepada kulit yang lebih cerah bersei, bebas dari bintik hitam, dan tona tidak sekata. Tea Tree oil pula telah digunakan dengan meluas untuk merawat jerawat dengan ciri anti-keradangannya yang hebat.

Sabun ini telah diformulasikan dengan hanya berasaskan bahan-bahan semulajadi, tanpa pewangi tambahan, tanpa bahan pengawet, dengan surfactant lembut yang menyebabkan kurang buih bagi menyesuaikan semua jenis kulit.)

Aqua, Glycerin, Sodium Stearate, Sorbitol, Sodium Laurate, Sodium Oleate, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Sodium Cocoate, Sodium Palm Kernelate, Hypericum Perforatum Oil, Persea gratissima (Avocado) Oil, Argania Spinosa Kernel (Argan) Oil, Citrus Medica Limomum (Lemon) Peel Oil, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Spent Grain Wax, Citric Acid, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Tocopherol

Langkah penggunaan: Basahkan muka sebelum menggunakan. Basahkan sabun dan gosok sehingga berbuih. Gunakan buih untuk mencuci wajah dengan teliti. Bilas dengan bersih. Gunakan tuala mikrofiber yang bersih untuk keringkan.