PRODUK

ORDER HERE

DARI SURI RUMAH KEPADA ONLINE BISNESS

 

Assalamualaikum semua, hari ni Haya rasa nak kongsikan pengalaman Haya sepanjang beronline ni. Korang jangan gelakkan pulak. Hihihi...inilah Learning Process


2010- Geng kaki contest. Asal ada contest like share je Haya akan join. Pernah jugalah dapat tempat pertama dan kedua. Sagu hati tu dah biasa dapat tudung. Kak sini Haya tengok cam mana orang bisness buat marketing. 


2011 - Acah-acah niaga online. Malu, takut, ego dan mengharapkan sokongan orang terdekat. Tiru je macam mana marketing peniaga lain,  ayat pun copy and paste😁. Kena perli dengan kenalan, kena kecam, kena gelak sampaikan Haya buka akaun fb lain untuk niaga. Mind set Kak Ya time tu lagi mudah niaga dengan orang yang kita tak kenal. 


2012 - Makin bertambah item skincare international Haya jual.Thailand ada, Myanmar ada,  Kemboja ada,  Filipine ada,  China ada dan macam-macam lagi.  Ada yang ready stock dan ada yang dropship. Makin rancak. Time ni dah rasa sale berpuluh ribu. 


2016 - Pengurusan kewangan Haya memang out. Stuck modal dekat bisness partners dan bekalan stok. Time ni Haya dah start slow down dan bagi partners uruskan semuanya. 


2018- Terjun pulak jual produk skincare local. Bila dah dapat rentak, produk pulak kena tarik kkm. Mujur masih ada rezeki, modal ribuan ringgit dapat semula. Stok return ke HQ. Nanges tepi bucu tong gas 2 minggu. Sebulan dihimpit rasa bersalah pada customer. Maafkan daku 😭.


Okt 2019 - Sebab serik. Haya agak teliti untuk  jual skincare. Alhamdulillah Haya ditemukan dengan Mak Leader yang bantu Haya bangkitkan semangat semula. Sentiasa ingatkan anak team supaya ingat Allah. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Bersangka baik pada Allah. Haya sekarang Agen sah Haus Cosmetics produk Halal paling diyakini. 


2020 hingga ke hari ni Haya masih ingat kenapa Haya bermula dengan Haus Cosmetics. Haya sendiri pernah terjebak dengan pelbagai produk meragukan dari dalam dan luar negara. 


Dulu Haya dah tengok macam mana ramainya pengguna rakusnya mencuba itu dan ini tanpa fikir HALAL kah ape yang aku letak 'kat pipi ni?Kat bibir ni? Kat kepala ni?Kat muka ni?'


MasyaAllahh!! Allah is hebat. Ape yang Haya perjuangkan hari ni takkan sia-sia dunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...