ORDER HERE

Skin Care 2021: Apa Beza Purging Dan Breakout ?

 


Purging : Proses mempercepatkan penghasilan kulit baru 

Breakout : Kulit tidak sesuai dengan produk yang dipakai 


Purging : Jerawat naik pada tempat yang sama naik 

Breakout : Jerawat naik tempat yang jarang naik 


Purging : Teruskan pakai 

Breakout : Stop pakai 


Tempohh purging mengambil masa dalam 6-8 minggu jer tau ! Insyaallah problem skin makin bertambah okay nanti.


APA ITU PROSES 'PURGING' PADA KULIT WAJAH?

Pernah ke berlaku pada uolls, jerawat naik teruk selepas bertukar kepada produk skincare yang baru? Kenapa boleh jadi macam tu?

Persoalan ni selalu bermain dalam fikiran ramai wanita. Tak di nafikan Haya pun dulu sama je mcm uolss.. Bila bertukar ke produk skincare yang baru, mulalah naik jerawat dan muka jadi kusam. Lepas tu Haya akan salahkan produk skincare baru yang guna tu.

Sebenarnya, kulit setiap orang memerlukan lebih kurang dalam 28 hari untuk bertukar ke sel kulit baru. Bukannya uolls pakai hari ni, sel kulit tu bertukar serta merta. TIDAK!

Jika uolls gunakan skincare baru dan tiba-tiba naik jerawat, itu namanya proses PURGING. Proses purging ni biasanya terjadi jika ada bahan retinoid, hydroxy acid atau anti aging sebab bahan anti aging ni ada bahan untuk menghasilkan kolagen baru pada kulit wajah. Bagi Haya, Haya suka namakan proses ini ialah proses pemulihan 


Beberapa bahan yang menjadi penyebab kulit mengalami proses purging :

1. Hydroxy Acids (asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic)

2. Retinoid (adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) - ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik.

3. Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum.

4. Exfoliant.

5. Benzoyl peroxide.

Kulit kita perlukan masa untuk kembali sihat dan menerima zat-zat dari produk skincare yang baru. Ada sesetengah produk skincare akan mempercepatkan pertukaran sel kulit wajah. Jadi, kalau uolls ada masalah liang-liang pori yang tertutup maka akan naik lah jerawat.

Kalau ada masalah jerawat kecil, jerawat tu akan cepat besar. Senang cerita, produk skincare baru tersebut akan push semua komedo-komedo yang akan menjadi jerawat ke dalam kulit. Proses ni akan berlaku dalam tempoh 2 - 6 minggu sahaja. Selepas 6 minggu, kulit uolls akan sihat! Ya, sihat dari jerawat yang selama ini lama terpendam, sihat dari liang-liang pori yang tersumbat dan lain-lain.

Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabila semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.


Inilah purging!


Katakan selepas 6 minggu kalau masih lagi jerawat naik, uolls boleh terus rujuk dengan doktor pakar kulit. 


NAK KE KALAU HAYA BAGI PENYELESAIAN MASALAH KULIT BERJERAWAT HANYA DALAM MASA 90 HARI TANPA PERLU LAGI TUKAR-TUKAR SKINCARE?