PRODUK

ORDER HERE

SkinCare 2021: Sunscreen Dan Cara Reapply

 Kenapa kena pakai sunscreen?

1. Taknak sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar

2. Taknak kulit berkudut and nampak tua

3. Taknak ada pigmentation / jeragat - Kebanyakkan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen.

4. Taknak kena skin cancer

SkinCare 2021: Sunscreen Dan Cara Reapply
SkinCare 2021: Sunscreen Dan Cara Reapply

Apa beza sunblock & sunscreen ni?
 Honestly for me, rasa macam sama je. Ada yg kata sunblock against UVB, sunscreen againts UVA. Ada juga yang kata sunscreen utk daily use sebab dia tak melekit, sunblock utk gi pantai sebab dia melekit and ada white cast. Ada juga yang kata beza dia ingredient, sama ada physical ataupun chemical sunscreen.

Tapi for me, sama. Fungsi dia sama. Untuk menghalang pancaran matahari.



Ada beza ke chemical and physical sunscreen?

Physical sunscreen: Check ingredients, dia contains titanium dioxide or zinc oxide. Dia duduk atas kulit and pantulkan cahaya matahari.

Chemical sunscreen: Ingredients sunscreen tu ada either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Dia create chemical reaction and ubah UV rays jadi heat, lepastu lepaskan heat daripada kulit kita.

Mana lagi elok? Physical sunscreen ke chemical sunscreen?
Ramai suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight and ringan. Physical sunscreen biasa ada white cast (yang nampak kelabu/putih kulit muka bila apply).

Tapi kalau kulit sensitive, atau acne prone, better pakai physical sunscreen sebab sometimes may cause irritation and clog pores. Macam mana nak tahu dia physical ke chemical? Again, check ingredient dia.

Apa beza UVA, UVB, PA, SPF?
Ape Beza Spf, Uva, uvb dan pa

UVA: Aging - Kena cari PA+++ supaya kulit tak aging (nampak tua, berkedut, pigmentation)
UVB: Burning - Kena pakai at least SPF30-50 supaya kulit tak burn.

jeragat

Ni contoh pigmentation: 
Maybe masa muda, tak nampak sangat. Tapi tunggu tua sikit nanti.

Beza suntan dengan sunburn. Sun tan tu kulit jadi gelap. Sun burn, kulit jadi merah pedih.

Kalau setiap hari tak terdedah dengan matahari sangat pun, seeloknya pakai je sunscreen, supaya kulit kekal protected, cantik, tak berkedut ataupun tua sebelum usia.

Berapa banyak nak pakai sunscreen ni?
Seeloknya 1/4 tsp atau dua jari.

Banyak ni. Jangan pakai sikit sikit, nak jimat ke apa. Pakai banyak ni ok. Kalau pakai sikit, nanti tak dapat maximum protection. Kadang kadang ada orang cakap, dia dah pakai sunscreen, tapi kenapa burn lagi? Jawapan dia, maybe dia pakai sikit sangat, so tak dapat maximum protection.

Satu lagi, jangan lupa reapply every 3-4 jam. Kalau pakai pagi je, lepastu berjemur sampai ke petang, jangan complain jadi gelap pulak. Kena reapply tau.

Suncreen yang sesuai untuk daily use?
SPF30-SPF50 dah cukup dah.

Cara nak pilih sunscreen?
Pilih yang broad spectrum, maksudnya perlindungan daripada UVA & UVB. Macam mana nak tahu dia ada pelindungan daripada UVA & UVB? Dia ada tulis SPF & PA.

Product recomendation! 

Other sunscreen related questions:



Kalau lotion / moisturizer / foundation dah ada SPF, kena pakai sunscreen lagi ke?
Yes, kena pakai sunscreen lagi for maximum protection.

Kalau pakai SPF80 untuk daily, boleh ke?
Boleh, tapi tak perlu.

Bila nak pakai sunscreen?
Lepas moisturizer, sebelum primer (kalau makeup)

Macam mana nak reapply kalau pakai pakai makeup?
1. Kalau duduk indoor, tak berjemur: Touch up pakai compact powder/foundation yang ada SPF pun cukup.
2. Kalau duduk outdoor/berjemur: Kena cuci balik makeup, apply sunscreen semula.
Atau paling senang, cari sunscreen yang spray je.

Kenapa saya dah pakai sunscreen tapi still burn?
1. Mungkin tak cukup SPF. Kena SPF30-50
2. Pakai sunscreen tapi jimat jimat. Kena pakai 1/4 tsp atau dua jari tau
3. Tak reapply sunscreen. Kena reapply setiap 3-4 jam


Kenapa saya pakai sunscreen, kulit rasa panas/melekit?
Cari sunscreen yang sesuai dengan kulit. Maybe sunscreen tu tak sesuai dengan kulit awak.


Thanks for reading! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...