PRODUK

ORDER HERE

3 Kesalahan Menyimpan Skincare

Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah menggunakan skincare memang bagus. Tapi apa nak buat jika ternyata selama ini anda salah menyimpan skincare di tempat yang betul?


Ternyata tidak semua tempat sembarangan boleh menyimpan skincare tau. Jom kita semak mana tahu anda juga tersalah simpan dan mungkin ia akan memudaratkan anda. Ketahui 3 tempat ini:


Menyimpan Skincare Di Dalam Peti Ais

Sesetengah orang suka menyimpan skincare di dalam peti ais untuk membuatkan skincare tersebut tahan lama dan sejuk bila dipakai.

Kesan dingin pada skincare ketika dipakai memang terasa sedap dan nyaman. Namun tidak semua skincare boleh simpan di dalam peti ais ye.

Perhatikan baik-baik kandungan yang ada dalam bahan skincare, apakah harus disimpan dalam suhu bilik ataupun dalam keadaan dingin agar kandungannya tetap terjaga dengan baik.

Jangan biarkan kesalahan menyimpan skincare ini terjadi.


Menyimpan Skincare Di Bilik Mandi
Kebanyakkan orang akan menyimpan skincare di bilik mandi agar mudah digunakan ketika mandi. Inilah kesalahan menyimpan skincare yang kerap terjadi.

Tapi anda perlu ambil tahu udara lembap di bilik mandi akan membuatkan kandungan skincare berubah dan hilang khasiatnya.

Oleh kerana itu, seeloknya jangan simpan skincare dalam bilik mandi.


Menyimpan Skincare Terdedah Dengan Direct Sunlight
Mungkin anda sudah simpan di tempat yang betul, namun perlu diawasi kerana takut terkena direct sunlight yang menembusi tempat tersebut dan boleh mempengaruhi kandungan skincare.

Suhu yang tinggi boleh membuatkan kualiti skincare menurun. Tambah pula jika skincare tersebut mengadungi vitamin C, retinol, dan benxoyl peroxide.

Sama juga dengan skincare yang mengadungi bahan natural dan organik, perlu dititikberatkan kerana kandungannya amatlah sensitif.


Okay, itulah serba sedikit tempat di mana anda perlu elakkan untuk menyimpan skincare. Tak nak kan kulit wajah menjadi keradangan dek kerana kesalahan menyimpan skincare? Jadi inilah masanya anda perlu lebih “take note” dengan semua skincare yang anda miliki. Perhatikan juga pada packaging skincare jika ada simbol 12m


Simbol ini adalah tempoh produk boleh digunakan selepas dibuka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...